Thursday, September 18, 2014

Bila dah jadi bandaraya..

Biasanya urusan beli makanan atau bungkus makanan adalah tugas en hubby saya. Dengan alasan, saya susah hendak keluar sebab anak2 pasti nak ikut smua jika saya keluar.  Semasa sampi ke negeri kelahiran saya, kami sepakat hendak bungkus nasi untuk makan tengahari sebab mak dan kakak saya telah ke rumah orang kenduri. Sejak arwah ayah meninggal, makan di rumah mak saya tidak mengikut masa kerana mak sarapan agak lewat dan makan tengahari pada waktu agak petang :) 

Jadi, suami pun berhentikan kereta di satu warung dalam kawasan kampung. Hubby belikan 2 nasi bungkus berlaukkan ikan keli. Hubby beritahu saya harga seekor ikan keli RM6. Mahalnye..sebab biasanya di Melaka harga seekor ikan keli hanya RM3 atau RM3.50. Fuh!! Pakcik saya yang kontraktor pun ada cerita barang2 pembinaan di Terengganu telah naik harga sebab sewa premis sudah tinggi.

Kalau bahan makanan pun mahal tak logik la sebab makanan adalah keperluan. Kalau di Kedah kita masih boleh makan tengahari dengan RM3.

Macamna kalau GST dah dilaksanakan nanti. Memangla industri makanan tak dikenakan GST tapi sumber2nya macamana? Duit bukanlah segala-galanya..tapi segala-galanya perlukan duit.

Wednesday, September 17, 2014

Balik Kampung

Yeay!!cuti sekolah tiba lagi..agenda wajib balik kampung ziarah bonda tercinta. Semalam bertolak jam 5 pagi, sampai kul 1 tgahari kat kampung. Alhamdulillah..mak sihat yelah sihat orang tua. Dapat makan minum dan solat alhamdulillah. 

Agenda hari ni..pagi tadi lepas budak2 bangun terus bawa main pasir kat pantai. Bawa anak-anak dah 2 sepupu diorang. Main pasir dalam setengah jam. 

Agenda anak-anak hari ini, main di rumah tok dengan sepupu diorang. Hiruk-piruk, bising sangat main nyorok2 kejar2. Sekali sekala dapat jumpa sepupu2.

Balik kampung ni bukan agenda jalan2 cari makan sebab saya dan suami biasa balik kampung untuk rehat. Encik suami lagile tido, bangun, makan, tido, bangun, makan hehe. Takpeh janji saya dapat jumpa kaum kerabat saya.

Thursday, August 28, 2014

Nak start balik..

Lama sangat tak update..saya rasa nak start balik la berblog ni..bukan nak cerita pasal orang tapi sebagai kenangan buat generasi saya yang akan datang..
Birthday ke 34 saya dah lepas..menandakan saya semakin matang dalam hidup..anniversary wedding pun dah ke 7..kalau kanak2 baru masuk darjah 1..masih banyak yang perlu dipertingkatkan..
Alhamdulillah..banyak2 syukur..anak2 saya Leeya Khalisyah, Leeya Khairina serta Leeya Khaisara membesar dengan sihat dan aktif. Kiranya tahun ni yang belum sambut hari lahir kakak je la..
Dalam masa tak sampai 2 bulan lagi rumah yang menjadi tempat berteduh, tempat kenangan cinta dan tempat anak2 melalui zaman baby dan awal kanak-kanak akan bertukar hak milik..suami saya bertegas nak jual rumah kami dan membina rumah sendiri..di mana?sudah dalam perancangan tetapi belum confirm..Saya? Dalam fikiran saya hanya kosong..terlalu sayang saya dengan rumah ini..tetapi jika ada yang lebih baik saya redha..saya cuma berkira-kira habiskan saat2 indah di rumah ini..
kehidupan saya sebagai ibu pula..saya rasakan makin baik..tiap-tiap hari sebolehnya saya masak..cuma bab lipat baju belum berjaya..tanyalah mak saya..dari dulu sy memang tak suka lipat baju..leceh..kat rumah saya ada 4 bakul baju belum berlipat..1 anak2 punya, 1 saya punya..suami semua pakaian dia saya gantung..2 lagi kecil ke..pakaian kecil saya,anak2 dan suami..
Banyak saya nak coretkan..hati saya kadang kosong..banyak yang saya fikirkan tapi saya tak tau nak selesaikan atau ceritakan kepada sesiapa pun..
dan berita baik saya..esok kakak, abang ipar dan emak saya akan datang ke Melaka..mungkin kali terakhir di rumah ini..ya Allah panjangkan dan sihatkan emak ku semoga dia dapat melihat tempat berteduh anak bongsunya nanti..


Thursday, February 7, 2013

Macam-macam..

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sangat-sangat saya tak update blog ni..ingatkan dah boleh dikuburkan je..hari tu ada try login..tp paassword pun dah salah hehe..hari ni try dapat lak..

Banyak sangat cerita saya. Sekarang dah bulan 2 tahun 2013. Hari Ahad ni 10 Februari, hari lahir ke 3 anak ke dua saya yang nick name dia sekarang Kak Ngah. My hubby plan nak gi PD becoz of cuti CNY yang agak panjang. Anak2 ni bila tgk mainan diorang yg berupa baldi dan penyodok pasir tu mesti cakap nak main pasir. Nak balik Teganu kurang sesuai kot sebab 4 hari je..tunggu bulan 3 cuti panjang sikit. Harap2 plan kami menjadi..leh celebrate besday kak ngah sekali. Kak Ngah yang sangat keletah sekarang. Suka bergaya dan cantik persis mama..opss hehe. Tapi tak dapat lagi nak ajar dia takmo pakai diapers. Dia tak nak..tunggu cuti hujung minggu ni ingat nak ajar la. Dah 3 tahun dah..

Anak sulong si Kakak dah masuk Pra sekolah. Sejak dia sekolah ni sati gambar pun mama belum snap lagi. Nanti dah ada saya nak tempek kat sini. Sebagai kenangan..sebabnya blog ini akan jadi kenangan untuk saya nanti hehe. Hari pertama sekolah dia nangis sikit. Sebab nampak saya kat sekolah. Kami sekolah yang sama jadi dia nampak kelibat saya jadi dia nak saya la. Tapi tak melalak pun..huhu je ngan air mata meleleh..sedih gak mama tengok. Tapi kuatkan hati ye mama dan kakak. Sekarang alhamdulillah..saya gi kelas dia relief cikgu dia yang cuti bersalin pun dia dah ok. Cuma ada masa tak nak buat kerja sebab penat dah..Takpela perlahan-lahan baru 4 tahun 5 bulan umur dia. Semalam ada kawan kelas dia ketuk kepala dia. Time tu saya kena relief kelas dia. Menyirap gak darah saya. Tapi saya kena profesional la. Cakap ngan hubby, dia cakap kalau berulang dia akan datang sekolah. Tak nak benda camni buat anak kita takut datang sekolah nanti. Lagipun akhlak budak kan kena lentur dari kecil.

Anak kecil saya..Baby atau Sara dah setahun 8 bulan. Mei ni dah dua tahun. Minggu ni apa perangai tah..tak nak duduk time saya nak drive. Dah 2 hari hubby hantar dia ke rumah pengasuh. eii kadang2 geram gak bila ngada2 ni. Bila marah mesti saya merungut kat hubby..kakak ngan kak ngah dulu tak macam ni sebab besar ni dah ada adik hehe..hubby mesti jawab..mama yang manjakan dia..dia masih BF. Pencapaian peribadi saya yang sangat tinggi alhamdulillah. Thats why la dia sangat rapat dengan saya kot. Dah beberapa hari tak masak sebab dia tak nak berenggan..lagipun balik lambat sikit..

Hubby lak..makin sihat membesar hehe. Hobby minat kereta dia masih sama. Kasih sayang cinta saya pada dia masih utuh. Walaupun ada benda yang dia buat yang buat hati saya marah dan geram sangat. Tapi dialah juga cinta hati saya. Semalam saya ngamuk ngan hubby..sebabnya balik keje dia baring tengok tv faveret dia. Saya sibuk ngan anak2..dah la baby tak nak letak. Kakak ngan kak ngah nak mandi. Nak sidai baju lagi sebab dah 4 hari hujan je..semalam panas cepat2 la saya mendobi. Tapi dia lak relax je sambil baring atas katil then terlelap. Apa lagi saya jerit la..mama pun penat la hehe. Then saya minta maaf..tolongla mama, mama pun keje, penat sama je. Dia ok faham..dan tau dia salah hehe. Tulah suami isteri..saling faham, lengkap melengkapi dan bergaduh pun jap je hehe..

Alhamdulillah..baiti jannati kami pun dah siap renovate. Cuma takde furniture baru pun sebab dah guna duit saving pun utk renovate. So stop dulu. Alhamdulillah..dah besar dan banyak ruang untuk si kenit 3 orang tu campur apak dia sepah2 kan..yang penat ngemas mama..yang asek bebel rumah sepah mama..haiseh..cepatla berkedut muka nanti heh.

Satu lagi cerita..saya dah pindah tempat kerja. Suasana kerja di tempat baru. Alhamdulillah..kawan2 ok, suasana ok, org atasan ok,..harap semua ok hingga 3,4,5 tahun lagi la. Rindu kawan2 tempat kerja lama..

Panjang dah saya bercerita..tu le sekali sekala..rindu gak nak mengarang..cuma ada lagi banyak kerja lain yang perlu di dahulukan..

Wednesday, October 24, 2012

Khalisyah dah besar..











Dia lahir menjadi permata hati sulong kami 4 tahun yang lalu..11 September 2008 menjadi peristiwa ber'darah' bagi mama. Dia sungguh comel..bermata sepet seperti suamiku..muka pula persis anak cina..wajahnya sering menjadi tempat singgah ciuman mama dan apak. Hari berganti hari..dia makin membesar, makin cantik, makin bijak dan makin nakal (mengikut persepsi saya..ibunya)

Si Leeya Khalisyah ku akan ke sekolah tadika pada tahun hadapan. Mama teruja sangat-sangat..Khalisyah pun nampaknya sama. Bila lalu kawasan bakal sekolahnya selalu dia cakap nak gi school kakak.. Suami jelaskan tahun depanla..bulan 1 sekarang baru bulan 10. Tak taula dia faham apa hehe..

Mama rasa sedih sedikit.. dia akan bersekolah, akan lebih berdikari, akan sibuk dengan dunia sekolah nanti yang pasti mama akan sedikit jauh dari dia nanti. Mama sayangkan kakak..tapi rezeki keluarga kita 'mewah' dalam usia sekarang kakak ada dua adik..kakak jarang dapat bermanja dengan mama dengan apak..tapi kami bukan berhenti menyayangimu sayang. Mama dan apak selalu marah kakak.. sebab kakak masih juga kecil dan ingin bermanja. Tapi mama dan apak terpaksa dahulukan adik-adik. Maafkan mama sayang..mama tetap akan sayangkan kakak sampai bila-bila pun. Sampai masa kakak akan faham..Masa rasa sudah cukup keluarga kita. Mama akan tebus masa yang kakak tak dapat dulu. Kakak jangan malu bila mama cium kakak, peluk kakak. Sebab di hati mama..kakak tetap anak kecil mama. Kakak memanjat..mama tetap menjerit macam kakak masih berumur setahun..kakak minum air, mama masih risau tumpah.. kakak nak makan mama tetap nak suapkan.. Sampai kakak pernah cakap dengan mama..KAKAK DAH BESAR LA.. hati mama merintih..rindukan kakak yang kecil dahulu.. Kakak minta mama angkat..tapi mama tak larat dah..

Borang sekolah kakak mama dah isi, terlalu excited.. gambar yang cikgu sekolah kakak nak nanti petang mama pergi ambil kat kedai.. Kakak nak beg sekolah..nanti mama belikan. Kakak juga minta kasut baru..ya nanti mama belikan.. Alat tulis kakak pun mama dah belikan..

Mama takkan berhenti menyayangimu Leeya Khalisyah.. Kakak tetap baby mama..sampai bila-bila pun.

Thursday, October 18, 2012

Budak-budak sekarang..

Lama sangat2 tak update..ada terfikir nak update..tapi tak berkesempatan..

Saya nak ceritakan tentang gelagat anak-anak sekolah zaman sekarang.. Semalam, ada budak sekolah telah pecahkan cermin kereta belakang salah seorang pekerja sekolah saya. Aduh! dasyat sungguh perlakuan budak-budak sekarang. Zaman saya sekolah dulu jangankan nak pecahkan cermin kereta..nak main dekat dengan kereta cikgu atau staff sekolah pun takut. Tak kisah la jawapan budak tersebut tak sengaja ke..tapi kenapa main baling2 batu dekat dengan kereta ataupun kelas. Jika terkena tingkap kelas berkecailah tingkap tersebut. Marah? mestilah marah..kalau saya sekalipun mesti la marah. Cermin kereta buka sehinggit dua..Yang jadi mangsa pasti ibu bapa budak tersebut..gantilah..apa lagi..Memang boleh diganti..tapi apakah hukuman untuk budak tersebut?NONE..dan budak tersebut macam biasa je..sekarang NILAI pekerti sudah hampir hilang..takut saya..anak2 saya yang akan masuk sekolah 3,4 tahun lagi..

Dua hari lepas saya melalui sekolah menengah..kebetulan waktu balik. Depan pintu pagar sekolah tersebut ada bus-stop..nampak asap..saya pun intailah sebab kereta kena stop budak nak melintas..Budak merokok di depan pintu pagar sekolah..masya Allah..apa nak jadi ni..ni semua anak-anak Melayu..sedih saya tengok..kereta saya pun dapat bergerak perlahan-lahan..nampak seorang budak lelaki dan perempuan..berpimpin tangan depan pintu pagar sekolah..ish..apa ni? di khalayak ramai..guru-guru, kawan-kawan boleh pegang2 tangan..kalau jauh dari orang apa la mereka buat..Tak ingat Allah, ibu bapa...kesian..kesian..

Sungguh! saya risau sangat dengan anak-anak zaman sekarang..

Kisah budak-budak di taman saya pula. Pagi masa diorang keluar nak ke bus stop jalan penuh satu jalan..tak kisah belakang ada kereta ke..motor ke..waktu balik pun macam tu..tak hormat langsung pada orang yang lebih dewasa..pernah sekali saya hon je..tu pun takdelah terperanjat budak2 tu..jalan selamba je ke tepi nampak sangat memang diorang nak sangat orang honkan diorang..


Friday, August 17, 2012

Hari Raya

Lagi 2 hari je umat Islam akan menyambut raya..tanda berakhirnya ramadhan yang penuh barakah. Semoga bertemu lagi dengan ramadhan tahun hadapan.

Teringat raya-raya dulu. Di kampung saya hari raya tiada rendang or ketupat nasi. Ada ketupat palas, lemang dan selalu orang akan masak nasi dagang atau nasi minyak. Saya dan kakak saya tak makan nasi  dagang..jadi emak akan asingkan untuk kami sikit sebelum letak halba, halia dan macam2 rempah dalam nasi tu..jadi kami berdua makan nasi lemak kukus. Di kampung saya kami beraya secara sederhana sahaja..sebab kampung saya kebanyakan penduduk kelas sederhana sahaja. Sekarang suasana dah berubah..anak-anak dah besar jadi ekonomi keluarga juga dah berubah. Semakin senang..dan ramai juga telah kahwin dengan orang 'luar'..percampuran ini telah memeriahkan lagi suasana raya di kampung saya..menu hari raya pun makin banyak.. Adala soto, lontong dan sebagainya..nasi dagang tetap tak dilupakan..

Raya di tempat suami saya pula, pagi-pagi dalam pukul 6.30 pagi kami dah keluar. Menziarah orang tua yang tinggal. Wan dan aki dah takde (saya tak kenal pun) jadi kami akan menziarah tok-tok sedara yang masih ada, pakcik2 dan makcik2. Lepas tu kami akan bersarapan biasanya juadah yang ada rendang, kuah kacang, kuah lodeh, daging masak kicap, sambal sotong di makan bersama ketupat dan lemang. Kemudian kaum adam dan hawa yang tiada kekangan akan pergi solat raya. Selepas itu baru menziarah sedara yang jauh sikit dan jiran-jiran.

Raya saya setiap tahun di kampung suami dahulu. Kemudian subuh2 pagi raya kedua kami akan balik ke kampung saya. Walaupun camtu saya tak pernah gaduh dengan suami sebabnya..dia hanya minta hari raya pertama je. Bila fikir balik apa salahnya saya berkorban sebab kami boleh beraya 4,5 hari di kampung saya pula.. Yang penting balik menziarah dan memohon maaf dengan keluarga dan sahabat handai..bukannya raya ke dua ke tiga. Ada pasangan sampai bermasam muka sesama sendiri sebab bergaduh nak balik raya.Tak patutlah..

Anak-anak saya pun makin faham raya..kena ada baju dan kasut baru ahaks hehe..dan jalan2 dapat duit raya..insya allah tahun depan si sulong Khalisyah akan faham kena berpuasa di bulan ramadhan..

Selamat Hari Raya semua..maaf dipinta.